Monday, November 24, 2008

SIAPAKAH..........????

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

LUASNYA NERAKA

LUASNYA NERAKA
ﻻالهاﻻالله محمدرسولالله
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ... Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! ! YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. .... .: Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w.. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s..a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

KISAH CINTA SI CICAK

Kisah Cinta Si Cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satutembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembokyang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemuiseekor cicak yang terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinyamelekat pada sebatang paku.
Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyatapaku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kalidibina.
Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaanterperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpabergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masukakal.
Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada pakuitu!
Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apayang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian,tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan dimulutnya.... AHHHH!
Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lainyang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkanpada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapatdilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.
Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhentimemperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yangkecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.
Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikirtentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudaralelaki, saudara perempuan... .. Seiring dengan berkembangnya teknologi,akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi takpeduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetapdekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

TAJUK: UMMI UMAIRAH

aku terkejut memandang skrin komputer. seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku baca dan lihat. betul ker apa yang aku baca tu. aku memandang sekeliling. orang lain sibuk dengan kerja masing-masing. di 'computer centre' tu tak ramai orang. perasaan yang melonjak-lonjak itu tak dapat aku bendung lagi, seperti aku mahu terbang balik berjumpa dengan kedua orangku dan memberitahu perkhabaran gembira itu.

24 November 2008

Alahai, pepagi dah bangun..ngantuk betul...
Emm pagi-pagi bangun jer, tengok jam pastu termenung.....ada la 5 second...
Lau mak ada kan best bolehla tolong ketuk kepala aku yang tengah angau tu...
Ish gila ke apa aku ni, pagi-pagi dah melalut...
Pukul 6.30 pagi aku mandi, 6.45 aku solat la...walaupun lewat cikit, aku tetap jugak solat tau...
Pukul 8.30 pagi aku dah tercongok kat depan site ofis...perutku mula berkeroncong, lapar siot..
nasib baik aku ada bawak mee goreng, bekal beb. besala ujung-ujung bulan ni..sengkek sikit
baru jer 2 sudu masuk ke mulutku, dan belum sampai ke dalam perutku, ada plak yang datang ketuk pintu ofis........
la, dorang ni tak bolehker datang lewat cikit..pagi2 macam ni dah sampai pasir ngan bata. aku pe lagi kena la p tengok. banyak woooooooo......... tak larat aku nak panjat lori besar tu nak wat ukuran. lau jatuh la, insya allah arwah aku...hehehhehehe takla sampai macam tu...setakat lebam bumper aku tu adala...hehehhe
setelah selesai semuanya, aku terus jer menuju ker tempat bersantap aku. mana lagi lau bukan ofis aku. alamak, bos datang la plak. potong stim betul. ni gerenti dia suruh aku wat keja macam2 ni......kira bata la, pasir la, hardcore la..........aduih, aku ni lepasan uum bukannya utm. aku mana la belajar sumer tu dan lagi satu aku bukannya qs... tapi takper, demi bos ku yang hensem macam.........macam..........macam bos aku la, nak macam saper lagi plak, aku rela asalkan dia yang ajar aku. ilmu beb ilmu....pengalaman tu yang penting......
pukul 5 aku dah blah, sakit perut beb. makan mee tu kot. padan muka aku kan!!

Saturday, November 22, 2008

NUR MENUNGGU-SINOPSIS

SINOPSIS
Eyda merungut marah. Geram sudah membuku dihati. Dia paling pantang menunggu orang lama-lama begitu... Bukannya apa, bosan plus boring!!!!!!! Tiba-tiba dia ternampak orang yang menunggunya sedang berlari terkedek-kedek ke arahnya. dia mula memuncungkan bibirnya yang disapu dengan lipgloss berwarna merah itu. Dia pantas bangun apabila anak muda itu sudah tercegat dihadapannya, meninggalkan dia terkulat-kulat di situ.
"Sorry, I kena jumpa client tadi!!" anak muda itu memberi alasan
"Alasan!" Herdik Eyda
"la betul la, janganla marah cik eyda, nanti cepat tua tau
mamat ni betulla pandai wat lawak
bila masa plak aku marah..............
aik tadi tu tak marah ker............lau tak marah tadi tu namanya apa??
woi mat, lau nak wat lawak tengah hari buta ni, pegi balik tido la
hehehhehe tido ek............aku tak bolehla tido lau kau takder sebelah aku. lau kau ada lena tido aku tau..............
banyak la kau...... sergah ida sambil tangannya meluku kepala anak muda tu...
terkedek-kedek dia berlari untuk mengelak daripada ida...
weh, kau ni lari ker apa ek, kalah keta sport kau ni.......laju ja... ujar ida dalam mengah
ha kau tak tahu, watsen nyambek ambik kursus kat aku la. tu yang dia boleh lari laju tu
banyak la kau punya kursus...........
akhirnya mereka terdiam sepi sambil memandang antara satu sama lain.
hahahahhahaahha.................pecah ketawa antara mereka. namun hanya sebentar kerana menyedari mereka berada di tempat awam. hanya senyuman terukir dibibir apabila mereka melangkah pergi ke cafe yang berdekatan. namun tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang mengekori dan mencemburui kemesraan mereka itu.